Tuesday, March 20, 2012

thanks sis :)

sometimes the best thing you can do is NOT THINK, NOT WONDER, NOT IMAGINE, NOT OBSESS. just breathe, and have FAITH that everything will work out FOR THE BEST.
- aisya -


p/s : sis, thanks for this quotes, macam tahu2 je yang wada tengah perlukan quotes penambah semangat time2 kritikal macam ni. :)
by the way, esok keputusan SPM keluar. kalau wada tak nak ambil keputusan tu, boleh tak.? :p surely not, kan.? ngaa~

Friday, March 9, 2012

jiwang karat :)

there are friendships imprinted in our hearts that will never be diminished by time and distance
-aisya-

persahabatan itu ibarat pantai dan ombak, sekali pantai dilambung ombak terus berubah bentuknya, terkadang ombak menyapa pantai dengan lembut tapi kadang2 pula ombak datang dengan ganas, begitu juga la persahabatan kita yang kadang2 nya elok tapi ada masanya bergoncang, namun pantai dan ombak memang tak boleh dipisahkan, kerana tanpa ombak pastinya pantai tidak bergelora dan tanpa pantai pastinya ombak tidak bergelombang, kita pun begitu juga, kan.?
-wada:)-


p/s : sis, ini la persamaan kita berdua yang tak dapat nak disangkal, suka dengan kata2 dan benda2 yang ada unsur jiwang karat :)

miss my school days :(

siapa sangka hari ni wada akan menghadap laptop sambil tersenyum seorang diri sebab teringatkan zaman persekolahan wada yang penuh pahit manis tu.?
siapa sangka hari ni wada akan buka cerita tentang kenakalan wada dengan kawan - kawan kat dalam blog kesayangan wada ni.?
siapa sangka yang wada akan rindu dengan zaman - zaman nakal masa wada masih bergelar pelajar sekolah tu.?
really, i miss my school days already :(
kalau masa sekolah dulu, asyik sebut nak graduate je, konon dah penat pakai uniform sekolah, konon dah cukup akal untuk menjadi seorang mahasiswa, konon dah terlebih matang untuk jadi seorang pekerja makan gaji, hakikatnya, wada belum bersedia..
belum bersedia nak jadi mahasiswa, belum juga bersedia untuk jadi seorang pekerja, sangat - sangat tak bersedia..
rindu la dengan zaman sekolah, rindu dengan kelas, rindu dengan bestie, rindu dengan cikgu, rindu dengan makmal, rindu dengan segalanya la yang berkaitan dengan sekolah..
haila, rasa macam nak masuk sekolah balik je..
rindu nak dengar suasana hiruk - pikuk masa belajar kat dalam kelas dengan budak - budak beta, rindu nak gelak dengan asma, rindu nak kongsi cerita dengan ashura, rindu nak tengok budak beta touching dengan cikgu, rindu dengan semuanya!!

asmaul husna hanafi - rindu la nak dengar asma cerita pasal fikri
nur aisyah talib - sis, rindu nak tengok ayat jiwang karat yang selalu sis simpan tu
nur izatul balqish abd wahid - dia, orang dah lama tak kongsi cerita dengan dia

haila, haila, apa kena dengan wada hari ni.? asyik nak terjun dalam mode sedih je, haila, haila, cheer up girl!

i like :)

"adakalanya jodoh mendahului sebuah cinta sejati"

-arianamikhail-

Monday, March 5, 2012

terlebih umur =,=

semalam wada tengok astro tutor tv for SPM candidate, subjek express english, seronok je dapat belajar dengan kartun danny and lisa :)
kau orang tau tak.? karakter lisa tu macam wada masa tengah menghadap kertas periksa, suka buat drama, bak kata si kartun danny ;) padahal that drama was for nothing, quotes from kartun danny jugak :D
tengah - tengah seronok tengok astro tutor tv tu tiba - tiba je terlintas dalam fikiran

"tak rasa ke yang wada ni dah terlebih umur untuk tengok astro tutor tv for SPM candidate ni?"

well, memang la dah terlebih usia sebab tahun ni wada dah lapan belas, kan.? tapi apa salahnya kalau wada nak tengok tutor tv tu.? lagipun, wada still have one adik yang bakal menduduki SPM tahun depan, so kalau wada tengok tutor tv tu, at least wada boleh refresh apa - apa benda yang wada dah belajar dulu, so bila adik tanya nanti boleh la wada jawab and takde la wada dok tergaru - garu kepala, kan.? ;)

mencari ilmu tidak mengira usia, selagi kita masih boleh bernafas, selagi kita masih boleh mendengar, selagi kita masih boleh melihat, selagi kita belum menjadi ahli kubur, selagi itulah kita boleh menimba ilmu, tak begitu.? :)

p/s : terlebih umur pun terlebih umur la, janji wada suka dapat belajar dengan kartun danny and lisa (^o^)

Tuesday, February 28, 2012

tak suka je :)

wahai inche smoker, awak terasa ke dengan perbuatan wada semalam.? kalau betul awak terasa tolong maafkan wada ye.? :)
well, wada bukannya sengaja nak sakitkan hati or nak kecilkan hati awak inche smoker tapi wada memang tak boleh tahan dengan asap rokok sebab asap rokok tu buat wada semput, buat wada sesak nafas..
wada memang tak pernah bencikan inche - inche smoker walaupun wada tak boleh tahan dengan asap rokok tapi lain kali kalau nak merokok pergilah dekat kawasan yang dikhaskan untuk merokok, janganlah main hentam hisap rokok kat merata - rata tempat, kesian kat orang yang tak merokok kena berlawan dengan asap rokok inche smoker..


p/s : nasihat ikhlas dari hati :)

Monday, February 27, 2012

sukanya hiperbola :)

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

****

alright, wada nak cerita pasal hiperbola dalam ayat jiwang karat, topik yang paling kau orang semua suka, kan,? :)
lirik lagu kat atas ni dipetik daripada lirik lagu berdua bersatu nyanyian forteen, pernah dengar.?
lagu berdua bersatu ni best, maybe sebab ni lagu cinta, that's why la wada cakap best, haaha :) kau orang pun tahu kan.? wada minat sangat - sangat dengan lagu cinta sebab wada kan pencinta yang agung :D
okay okay, back to the topic, kalau dengar lagu cinta mesti kita semua akan dengar ayat jiwang karat yang mempunyai elemen hiperbola, kan kan.?
macam lirik kat atas ni, sanggup tercalar sanggup dilanda badai sanggup lemas semata - mata bersama dengan destined partner sendiri..
kalau tanya wada samada wada sanggup ke tak nak buat semua tu, wada akan cakap wada tak sanggup, honestly dan truly speaking straight from my heart, wada memang tak sanggup nak buat macam tu semata - mata untuk destined partner wada..
kalau suruh wada masak makanan favourite dia, wada boleh usahakan..
suruh wada jahit baju untuk dia, wada boleh buatkan..
tapi kalau suruh wada renangi lautan api untuk selamatkan dia, memang wada tolak..
suruh wada tukarkan nyawa untuk dia, memang wada tak nak..
suruh wada kelemasan sebab dia, memang wada lari sampai ke hujung dunia..
hakikatnya, wada bukannya orang yang begitu terlalu baik hati sampai sanggup melakukan segala perkara mengarut untuk orang yang terchenta..
wada teruk.?
it's okay, wada lagi sayangkan nyawa..
hahaha :)